AM

UniSZA Kampus Gong Badak ditutup hingga 30 Mei susulan COVID-19

18/05/2021 12:35 PM

KUALA TERENGGANU, 18 Mei -- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kampus Gong Badak di Kuala Nerus diarah tutup selama 14 hari bermula semalam hingga 30 Mei ini susulan terdapat 16 kes positif COVID-19 di kampus itu.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus menerusi kenyataan berkata penutupan itu bagi membolehkan pelaksanaan sanitasi dan pengesanan kontak rapat.

Beliau berkata arahan penutupan universiti dibuat mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Sekiranya ada kakitangan atau mana-mana individu datang dari zon merah, penilaian risiko mesti dibuat dan mereka yang mempunyai gejala sepatutnya tidak dibenarkan memasuki kampus," katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan