AM

Sesi pemberian sumbangan Hari Raya Puspanita berlangsung di Wilayah Penguatkuasaan PKPP

11/05/2021 10:34 PM

PUTRAJAYA, 11 Mei  -- Sesi pemberian sumbangan Hari Raya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) diadakan di Putrajaya, yang merupakan wilayah di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mengulas dakwaan kononnya berlaku perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam sesi itu,  Mohd Zuki berkata pelaksanaan SOP PKPP sebelum 10 Mei, membenarkan penganjuran majlis sosial dengan pematuhan SOP yang ketat.

Beliau yang juga Penasihat Puspanita menjelaskan, sesi itu berlangsung ringkas serta simbolik selama 10 minit melibatkan pemberian sumbangan kepada sembilan staf Puspanita.

“Sesi itu diadakan hari ini iaitu sehari sebelum penguatkuasaan PKP di seluruh negara esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuki memuat naik beberapa gambar sesi pemberian sumbangan Hari Raya di laman twitter rasminya, dan menerima reaksi warga net kononnya berlaku perlanggaran SOP.

Mohd Zuki berkata beliau mengambil tanggungjawab perkara tersebut sekiranya terdapat perlanggaran kepada pematuhan SOP yang berkuatkuasa.

“Pihak penganjur juga telah dimaklumkan berkaitan perkara ini dan tindakan sewajarnya akan dilaksanakan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan