PUTRAJAYA, 11 Mei -- Isu tuntutan pengiktirafan dan perjanjian kolektif yang berlarutan selama 10 tahun antara RHB Bank Bhd dan Kesatuan Eksekutif RHB Bank Bhd telah berjaya diselesaikan Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM).
Isu tuntutan berkenaan bermula sejak 2011 dan berlanjutan sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dalam satu kenyataan berkata penyelesaian itu dicapai menerusi satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang berlangsung semalam setelah majikan dan kesatuan melalui beberapa siri rundingan yang turut dihadiri wakil daripada JPPM.
Beliau berharap penyelesaian tuntutan oleh Kesatuan Eksekutif RHB Bank Bhd itu menjadi contoh terbaik kepada semua majikan dan kesatuan dalam mencari penyelesaian sekiranya wujud sebarang pertikaian pada masa depan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial