EKONOMI

Subang Skypark cadang konsesi semula Lapangan Terbang Subang - WCT

08/05/2021 04:08 AM

KUALA LUMPUR, 7 Mei  -- WCT Holdings Bhd (WCT) mahu menjelaskan bahawa unit milik penuhnya, Subang Skypark Sdn Bhd (SSSB) telah mencadangkan untuk konsesi semula dan bukan mengambilalih Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (sebelum ini dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang) seperti yang dilaporkan oleh beberapa organisasi media.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, WCT juga berkata ia akan mengendalikan lapangan terbang itu di bawah pajakan dan kerajaan akan terus memiliki tanah dan Lapangan Terbang Subang. 

“Cadangan itu buat masa ini berada pada peringkat kertas konsep yang diserahkan SSSB kepada Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli pada 1 Mac lalu.

“Cadangan itu masih di peringkat awal,” katanya.

Menurut WCT, penyerahan kertas konsep kepada kementerian berkaitan adalah amalan biasa kerana syarikat itu sentiasa proaktif dalam mencari peluang perniagaan baharu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan