KUALA LUMPUR, 5 Mei -- Sedania Innovator Bhd menerusi syarikat bersekutunya, Esports Players League (ESPL) telah melepasi sasaran pengumpulan dana bagi pusingan Pre Series A dengan pasca penilaian wang melebihi RM32 juta.
Pengasas dan Pengarah Urusan Datuk Azrin Mohd Noor berkata penilaian yang terbaharu itu menunjukkan pertumbuhan modal ESPL melonjak sehingga 900 peratus dalam masa hanya 18 bulan.
“Rangkaian ESPL kami mempunyai 91 juta penonton di seluruh dunia dengan rakan kongsi strategik di 16 negara, dan menghampiri 20 negara tidak lama lagi,” kata Azrin dalam satu kenyataan hari ini.
Sedania Innovator menyatakan berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Global Esports Market 2020, keuntungan e-sukan berjumlah US$1.1 bilion, meningkat 15.7 peratus berbanding 2019.
Menjelang 2023, ia dijangka mencapai US$1.6 bilion, katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial