EKONOMI

Pemasaran tanpa kos bantu usahawan

05/05/2021 02:16 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mei – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International) terus komited dalam memperkasakan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menganjurkan program Zero Kos Marketing (ZKM) Edisi Khas Bina Bisnes Berjaya.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd berkata, program tersebut akan memfokuskan pemasaran yang merupakan salah satu aspek terpenting bagi sesebuah bisnes bertahan dan berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

“RichWorks memahami masalah yang dihadapi ramai usahawan dan PKS yang terpaksa mencari jalan untuk memastikan bisnes terus bertahan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran program, di sini semalam.

“Melalui panduan ilmu pemasaran tanpa kos yang kami bawakan secara percuma nanti dapat membantu dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan di negara,” tambahnya lagi.

Radz berkata, RichWorks turut mensasarkan 100,000 usahawan mendaftar dalam program yang bakal berlangsung pada 28 hingga 30 Mei ini.

Pada majlis yang sama, RichWorks turut mengumumkan pemenang pertama Peraduan Aspirasi Bina Bisnes Berjaya Capai 1 Juta Pertama yang mendapatkan tajaan permentoran Spire selama 12 bulan bernilai RM25,000 secara percuma.

Pemenang akan dibimbing dalam empat teras utama iaitu jualan dan pemasaran, kepimpinan, pematuhan serta operasi yang perlu bagi membina sebuah bisnes yang berjaya agar mampu mencapai jualan RM 1 juta pertama dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

“Kami masih mencari sembilan orang lagi usahawan yang memenuhi kriteria ditetapkan seperti bisnes yang telah beroperasi selama tiga tahun dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut , layari www.BinaBisnesBerjaya.com.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan