BERITA TERGEMPAR | Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | |
KUALA LUMPUR, 30 April -- HSBC bertindak sebagai pengurus utama bersama dan penyelaras bersama terhadap sukuk kelestarian antarabangsa kedaulatan pertama kerajaan Malaysia merangkumi US$800 juta bertempoh matang 10-tahun dan sukuk bertempoh matang 30-tahun US$500 juta, kata HSBC Malaysia (HSBC).
Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata HSBC Amanah Malaysia akan bertindak sebagai ejen penstrukturan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) terhadap tranche 10 tahun itu.
Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, Stuart Milne berkata kerjasama antara HSBC dengan kerajaan Malaysia mencerminkan komitmennya untuk menyokong negara dalam membiayai, mengurus dan membentuk peralihan ke masa depan yang lestari serta membangunkan Malaysia sebagai hab global untuk kewangan Islam.
"Pandemik COVID-19 ini telah menunjukkan betapa pentingnya kewangan yang mampan untuk daya tahan ekonomi. HSBC melipatgandakan sokongan yang kami berikan kepada pelanggan kami di seluruh dunia untuk membolehkan mereka melakukan peralihan perniagaan dan ekonomi mereka dengan cara yang lebih lestari,” katanya.
Sementara itu, sukuk kelestarian pertama Malaysia diterbitkan oleh kerajaan itu adalah berdasarkan kepada Rangka Kerja Sukuk SDG yang baru diwujudkan.
Penawaran yang mencatatkan lebihan langganan sebanyak 6.4 kali, menarik permintaan pelabur berkualiti tinggi dari pelbagai tempat.
"Ia menguatkan minat pelabur terhadap bentuk pembiayaan yang lestari yang penting untuk ketahanan ekonomi negara di masa hadapan. Ini juga merupakan kupon paling ketat yang pernah dicapai oleh kerajaan di pasaran sukuk dolar US,” kata HSBC Malaysia.
Bank berkenaan berhasrat untuk menyediakan antara US$750 bilion hingga US$1 trilion kewangan dan pelaburan menjelang tahun 2030 untuk membantu pelanggan melakukan peralihan kepada sifar bersih pelepasan karbon.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial