DUNIA

Duta besar AS ke PBB seru masyarkat dunia bersedia pandemik seterusnya

27/04/2021 01:48 PM

NEW YORK, 27 April -- Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Linda Thomas-Greenfield pada Isnin menggesa masyarakat antarabangsa untuk bersiap sedia menghadapi pandemik berikutnya.

Thomas-Greenfield bercakap pada pertemuan maya tertutup PBB, yang dihoskan bersama oleh AS, Jepun, Norway dan Afrika Selatan, mengenai kesediaan dan tindak balas pandemik, menurut Sputnik.

"Sangat jelas pada tahun lalu: seluruh dunia tidak bersedia menghadapi pandemik ini. Kita mesti bersedia untuk yang seterusnya,” kata Thomas-Greenfield.

Duta besar itu mengatakan para pemimpin dunia perlu menangani isu-isu, termasuk mewujudkan pembiayaan keselamatan kesihatan yang berkesinambungan, melaksanakan mekanisme pertanggungjawaban untuk pengawasan dan mengenal pasti pencetus peningkatan kes yang mungkin menyebabkan penularan yang pantas ketika pandemik berikutnya melanda.

Thomas-Greenfield juga mengatakan AS akan turut serta dalam pertemuan peringkat tinggi pada hujung minggu ini untuk membincangkan mengenai rintangan antimikrob itu, untuk menerima pakai tindakan terbaharu.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan