KUALA LUMPUR, 26 April -- Anak syarikat milik penuh Aneka Jaringan Holdings Bhd, Aneka Jaringan Sdn Bhd (AJSB), memperoleh kerja-kerja subkontrak untuk Lebuh Raya Pantai Barat daripada IJM Construction Sdn Bhd bernilai RM77.8 juta.
Katanya AJSB akan menjadi subkontraktor untuk kerja-kerja pakej seksyen 3,4,5,8 dan 9 serta kerja-kerja pembinaan dan menyiapkan jambatan S3-1 dan S3-2 (persimpangan Lebuhraya Shah Alam ke Lebuhraya Baru Lembah Klang/persimpangan Lebuhraya Persekutuan Laluan 2).
“Subkontrak tersebut dijangka selesai pada 15 Okt, 2022,” menurut pakar cerucuk dan asas bangunan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Katanya subkontrak itu tidak akan memberi sebarang kesan kepada modal saham dan struktur pegangan saham syarikat.
“Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan disatukan dan aset bersih Aneka Jaringan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2021 dan seterusnya, selama tempoh subkontrak itu,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial