POLITIK

SHAHIDAN KASSIM TERIMA KEPUTUSAN BUKAN LAGI PENGERUSI UMNO PERLIS

25/04/2021 12:17 AM

KUALA LUMPUR, 24 April -- Datuk Seri Shahidan Kassim menerima keputusan pelucutan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis.

Shahidan, yang juga Ahli Parlimen Arau, berkata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai hak untuk melantik sesiapa yang terbaik untuk  jawatan itu.

“Apa pun saya berterima kasih kepada presiden (Ahmad Zahid) yang telah memberi kepercayaan kepada saya selama ini.

“Presiden telah membuat keputusan, jadi keputusan ini kita akan patuhi. Cumanya kita belum mendapat apa-apa maklumat rasmi dan hanya melalui kenyataan media,” katanya dalam sidang media di sini, malam ini.

Petang tadi, Ahmad Zahid dalam kenyataan memaklumkan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis yang baharu, menggantikan Shahidan berkuat kuasa hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan