AM

Pelajar MMU juara Pertandingan Pengucapan Awam ESUM-Taylor's College

24/04/2021 11:53 PM

PETALING JAYA, 24 April -- Pelajar Universiti Multimedia Malaysia (MMU) Pavit Coran menjuarai Pertandingan Pengucapan Awam English Speaking Union Malaysia (ESUM)-Taylor's College hari ini.

Pavit menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 daripada Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Charles Hay bagi ucapan empat minitnya mengenai kesedaran kesihatan mental pada pertandingan yang berlangsung di Kampus Lakeside Taylor's College di sini.

Pengerusi ESUM Tan Sri Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar berkata pemenang akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Pengucapan Awam Antarabangsa ESU (IPSC) yang akan diadakan secara maya dari London pada 10 hingga 14 Mei ini.

Tunku Dara Naquiah, yang juga ketua hakim pertandingan itu, turut memuji penguasaan Bahasa Inggeris peserta dan menggalakkan mereka untuk lebih mendalami bahasa tersebut serta memaklumkan bahawa ESUM sedang melaksanakan lebih banyak projek bagi mempromosi penggunaan Bahasa Inggeris.

Pengarah Kampus Taylor's College Josephine Tan pula berkata pengucapan awam bukan sekadar kemahiran berkomunikasi tetapi juga memfokus kepada keyakinan penutur untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai topik tertentu sehingga sampai kepada khalayak.

"Anda mungkin tidak memenangi pertandingan tetapi jika anda tahu cara untuk menjawab sesuatu pertanyaan dengan baik, maka itu sudah menjadikan anda sebagai pemenang," katanya kepada Bernama.

Turut hadir Naib Pengerusi ESUM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, Ahli Majlis ESUM Datuk Seri Azman Ujang dan Datuk John Louis O'Hara serta wakil British Council Malaysia Kate Chodzo.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan