AM

JSJN KL nafi terlibat arahan pertukaran pegawai, anggota

24/04/2021 12:37 AM

KUALA LUMPUR, 23 April -- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur menafikan dakwaan terlibat dalam arahan pertukaran anggotanya seperti yang tular menerusi WhatsApp baru-baru ini. 

Ketua JSJN Kuala Lumpur ACP Adnan Azizon berkata penyebaran berkenaan adalah tidak tepat dan JSJN terkesan satu WhatsApp yang menyebarkan maklumat tidak tepat berkenaan jabatan itu.

"Antara kandungannya berhubung ketidakpuasan hati terhadap Ketua JSJN dan Timbalan Ketua JSJN yang dikatakan telah mengatur pertukaran anggota JSJN Polis Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan malam ini.

Adnan berkata sebarang pertukaran mahupun rayuan pegawai dan anggota di JSJN Kuala Lumpur sebaliknya mengikut saluran yang betul sebagaimana arahan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia. 

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak benar dan tidak bertanggungjawab sebegini," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan