AM

Pelajar tahfiz cedera tercucuk kepala paip besi pada perut

23/04/2021 12:57 AM

MELAKA, 22 April  -- Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan detik cemas selepas tercucuk kepala paip besi pada perutnya dalam kejadian di Madrasah Hj Ghani, Kampung Serkam Timur di Merlimau, Jasin malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Penolong Pegawai Bomba Mohd Faisal Fuad berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.42 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama-sama tujuh anggota dan tiba di lokasi kira-kira dua minit kemudian.

"Setelah tiba di tempat kejadian kami mendapati seorang pelajar tahfiz tercucuk kepala paip besi di bahagian perut.

"Pasukan bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong batang besi yang bersambung dengan kepala paip berkenaan menggunakan pemotong hidraulik," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Beliau berkata mangsa dibawa dengan ambulans untuk menerima rawatan lanjut di hospital berdekatan.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan