AM

JABATAN METEOROLOGI KELUAR NASIHAT TAUFAN SURIGAE

20/04/2021 02:41 PM

KUALA LUMPUR, 20 April -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat taufan (SURIGAE) yang berada di kedudukan 1,401 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan kedudukan taufan itu kira-kira 522 km ke tenggara Luzon, Filipina.

Jabatan itu turut memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 11 pagi, angin taufan tersebut bergerak ke arah utara barat laut dengan kelajuan 6 km sejam (km/j), manakala kelajuan angin boleh mencapai maksimum 176 km/j.

MetMalaysia bagaimanapun memaklumkan taufan itu tidak memberikan kesan signifikan terhadap Malaysia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan