AM

Pemandu bas maut dihempap bas persiaran di Klang

20/04/2021 12:33 PM

SHAH ALAM, 20 April -- Seorang lelaki maut dihempap bas persiaran ketika sedang membaiki kenderaan itu di Jalan Pendamar, Klang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata polis telah menerima panggilan pada 9 malam dan siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa berusia 33 tahun, berasal dari Sabah maut di tempat kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa yang juga pemandu bas tersebut sedang membaiki sistem hidraulik bas itu dan tiba-tiba alat pengangkat beban (Jack) yang digunakan telah turun dengan sendirinya menyebabkan mangsa telah dihempap oleh bas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Amar berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan