BERITA COVID–19   LHDN tutup pejabat cawangan Terengganu, Pahang untuk sanitasi | Pematuhan SOP rendah punca kes positif COVID-19 di Kampung Keramat | 674,862 individu terima dua dos vaksin setakat semalam - Dr Adham | Katil klinikal di PKRC Gelanggang Seni ditambah | Pejabat SPRM Sabah tutup sementara untuk kerja sanitasi | 
SUKAN

'Speedy Tigers’ kecundang sekali lagi

20/04/2021 10:36 AM

KUALA LUMPUR, 20 April -- Skuad hoki lelaki kebangsaan kecundang sekali lagi pada aksi persahabatan tiga penjuru setelah tewas 1-3 kepada Great Britain di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Pasukan pelawat membuka jaringan menerusi gol padang oleh Rupert Shipperley, pada minit ke-35 pelawanan.

Seminit selepas itu, serangan pantas pihak lawan menyaksikan Phil Roper menjaringkan gol kedua pasukan melalui gol padang apabila beliau berjaya menguis bola menewaskan penjaga gol Malaysia, Muhammad Hafizuddin Othman sekali gus meletakkan Great Britain di depan dengan 2-0.

Adam Dixon meletakkan Great Britain pada kedudukan selesa 3-0 selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-44.

Anak buah bimbingan A. Arul Selvaraj tidak berputus asa dan akhirya berjaya meraih gol yang dicari pada pada minit ke-55, apabila Muhammad Razie Abd Rahim berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Ini adalah kekalahan kedua Malaysia dalam seri persahabatan setelah tewas 3-0 kepada Jepun, Sabtu lepas.

-- BERNAMA

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan