BERITA COVID–19   Tuanku Muhriz nasihat rakyat N. Sembilan rai Aidilfitri secara sederhana  | PKPB: Sabah tidak benarkan rentas daerah mulai Isnin depan | PKPD di 16 lokaliti Sungai Ruan, tujuh di Sempalit, Pahang - Ismail Sabri | COVID: Malaysia catat 3,551 kes baharu hari ini - KP Kesihatan | Gelanggang Seni dijadikan PKRC kelapan di Kelantan - Exco | 
AM

Gempa bumi sederhana melanda luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia

20/04/2021 09:29 AM

KUALA LUMPUR, 20 April -- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter melanda luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia pada 7.58 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gegaran itu berlaku pada kedudukan 169 kilometer (km) barat daya dari Nias, Indonesia dengan kedalaman 10km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-- BERNAMA

 

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan