KUALA LUMPUR, 19 April -- KSK Land, anak syarikat milik penuh KSK Group Bhd, mengumumkan pelan hala tuju teknologi bagi menerajui usaha inovasi dan eksperimentasi dalam sektor hartanah.
Dalam kenyataan pada Isnin, KSK Land yang merupakan pemaju hartanah gaya hidup, berkata ini merangkumi beberapa inisiatif termasuk laman mikrosit ‘Discover YOO8’ (https://discover.8conlay.com/); aplikasi mudah alih terbaharu 8 Conlay; enjin penetapan dan penilaian harga hartanah yang dinamik serta bakal menjalin kerjasama dengan pihak teknologi antarabangsa serta memberi penekanan dalam aspek inovasi.
Menurut syarikat itu, menyedari kepentingan penerapan teknologi dalam perjalanan pemilik hartanah, ia berhasrat untuk mewujudkan sebuah ekosistem hartanah gaya hidup yang merangkumi keseluruhan kitaran hidup iaitu peringkat awal reka bentuk dan pembinaan sehingga pengurusan hartanah.
“Matlamat kami adalah sentiasa mewujudkan ekosistem yang cemerlang dan mapan. Kami menggunakan teknologi serta kandungan untuk mewujudkan platform bagi pelbagai komuniti serta saling memanfaatkan kemahiran serta nilai di antara satu sama lain.
“Dalam usaha menggabungkan data bersama inisiatif teknologi dalaman kami sendiri, syarikat berhasrat untuk merekabentuk pembangunan mapan masa depan yang menyatukan masyarakat berpandangan serupa dengan mengambil kira persekitaran bandar hiperlokal di sekeliling,” kata Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group merangkap Pengarah Urusan KSK Land, Joanne Kua.
Menurutnya, laman mikrosit ‘Discover YOO8’ misalnya dapat menawarkan pemilik sedia ada dan bakal pembeli dengan akses perkembangan kemajuan pembinaan kediaman berjenama itu sehingga meliputi setiap tingkat unit.
“Ciri-ciri ini dapat dilihat dalam aplikasi mudah alih 8 Conlay baharu yang diubah suai dan menawarkan banyak ciri-ciri berinovatif bagi membolehkan penyatuan gaya hidup untuk pemilik rumah,” katanya.
Bagi fasa pembangunan pertama, aplikasi itu menyediakan kemas kini kemajuan pembinaan untuk kemudahan pemilik rumah menerusi lukisan susun atur isometrik serta akses kepada fungsi bil yang progresif.
Maklumat lanjut mengenai 8 Conlay boleh diperoleh menerusi discover.8conlay.com/ atau menerusi lawatan peribadi di Galeri Jualan dengan menghubungi +603 2698 0788 atau 8conlay@kskgroup.com.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial