AM

MGC hargai peruntukan RM4 juta untuk komuniti Sikh

19/04/2021 09:33 PM

KUALA LUMPUR, 19 April -- Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) amat menghargai peruntukan RM4 juta kepada 120 gurdwara di seluruh negara, termasuk RM1 juta untuk cadangan penubuhan Pusat Sikh Malaysia, kata Presiden MGC Jagir Singh.

Beliau berkata MGC amat menghargai keprihatinan kerajaan itu, mengambil kira situasi ekonomi semasa  selain hakikat perbelanjaan kerajaan yang melebihi RM600 bilion.

MGC juga ingin menjelaskan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menyatakan ‘negara ini hampir muflis’ semasa menghadiri majlis hi-tea Vaisakhi pada 12 April lepas, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Semua yang hadir pada majlis itu boleh menjadi saksi. Apa yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri ialah disebabkan COVID-19 dan keadaan ekonomi, negara terpaksa berbelanja besar hingga melebihi RM600 bilion dan ini menyebabkan baki wang yang ada sudah tidak banyak.

“Ini jauh berbeza dengan kenyataan ‘negara hampir muflis’,” kata Jagir.

Sementara itu, Jagir berkata MGC menyokong penuh pelancaran Dasar Perpaduan Negara yang berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dalam usaha menyatupadukan rakyat.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan