BERITA COVID–19   Varian baharu COVID-19 menular di beberapa negeri, masyarakat perlu terus patuh SOP | PKP 3.0 dijangka tidak beri impak signifikan kepada pertumbuhan ekonomi - Tengku Zafrul | COVID: Malaysia rekod 3,973 kes, 22 kematian - KP Kesihatan | Polis nafi kluster Jalan Canning berpunca dari aktiviti GRO | Sultan Nazrin batal hasrat berangkat tunaikan solat sunat Aidilfitri ekoran penularan COVID-19 | 
DUNIA

Wartawan Jepun ditahan di Yangon, Myanmar

19/04/2021 03:22 PM

TOKYO, 19 April -- Wartawan sambilan Jepun Yuki Kitazumi yang ditahan di Yangon, Myanmar telah dipindahkan ke penjara, lapor Sputnik, memetik The Japan Times.

Kitazumi, yang sebelum ini pernah bekerja untuk Nikkei Business Daily, ditahan di rumahnya di Yangon pada Ahad malam. Menurut The Japan Times, Kedutaan Jepun di Myanmar telah mengesahkan pekara itu pada Isnin.

Rumah wartawan itu dilaporkan digeledah dan barang peribadinya turut dirampas.

Perdana Menteri Yoshihide Suga dipetik agensi berita Kyodo pada Isnin berkata kedutaan Jepun sedang mengumpul semua maklumat yang berkaitan. Suga berikrar akan melindungi rakyatnya yang berada di Myanmar.

Pada 1 Februari, tentera Myanmar merampas kuasa, mengumumkan darurat setahun dan bertekad untuk mengambil tindakan terhadap tuduhan penipuan semasa pilihan raya 8 November. Tentera berkata pihaknya komited terhadap sistem demokrasi dan berikrar akan mengadakan pilihan raya baharu yang adil selepas darurat tamat.

Sejak itu tunjuk perasaan tercetus di seluruh Myanmar. 

Kitazumi ditahan pada Februari ketika membuat liputan mengenai tunjuk perasaan.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan