DUNIA

Pasaran pekerjaan China stabil

19/04/2021 02:20 PM

BEIJING, 19 April-- Suku pertama tahun ini, ekonomi China memperlihatkan permulaan yang baik dengan aktiviti dalam kalangan pemain pasaran bertambah secara berterusan serta kadar pengambilan kerja turut menyaksikan kestabilan.

Ketika ini, rakyat di negara Tembok Besar sedang menikmati hasil daripada keberkesanan pembangunan situasi ekonomi.

Di bandar Wuhan misalnya, sebuah kedai makanan yang sudah beroperasi sejak 75 tahun lalu  kini kembali sibuk, selain mendapat manfaat daripada dasar pengurangan cukai oleh kerajaan, sekali gus menjimatkan kira-kira 36 ribu yuan setahun.

Di bandar Changzhou pula, sebuah pameran kerjaya berskala besar yang diadakan baru-baru ini khusus untuk siswazah turut menjadi tumpuan.

Pameran tersebut disertai hampir 300 buah syarikat yang turut menyediakan lebih 20 ribu peluang pekerjaan.

Menurut statistik, China dilaporkan membuka peluang pekerjaan baharu di bandar dan pekan kepada sejumlah 2.97 juta orang pada suku tahun pertama tahun ini, atau bersamaan dengan 27 peratus daripada sasaran sepanjang tahun, iaitu lebih 11 juta.

Pada masa sama, perusahaan milik kerajaan pusat direkodkan berjaya menerbitkan keuntungan bersih sebanyak RMB415.29 bilion yuan (RM262.58 bilion) pada suku tahun pertama tahun ini, manakala perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut sama mewujudkan pemulihan secara stabil.

Untuk rekod, dalam dua bulan pertama tahun ini, pendapatan perniagaan dan keuntungan PKS bagi sektor industri masing-masing menyaksikan peningkatan sebanyak 51.9 peratus dan 181.2 peratus.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan