SEOUL,16 April -- Kementerian Perpaduan Korea Selatan pada Jumaat menyuarakan harapan sidang kemuncak antara Presiden Moon Jae-in dan Presiden Joe Biden akan membantu meningkatkan hubungan antara Korea selain memperkukuh usaha pelucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea, lapor Yonhap.
Terdahulu pejabat presiden mengumumkan, Moon dijadual mengadakan sidang kemuncak pertama dengan Biden di Washington D.C. pada pertengahan Mei.
"Kami berharap sidang keumuncak itu nanti membantu membina kesepakatan yang kukuh antara pemimpin kedua-dua negara mengenai pelucutan senjata nuklear dan membawa keamanan di Semenanjung Korea, serta meningkatkan hubungan antara Korea," kata wakil jurucakap di kementerian Cha Deok-cheol, dalam satu taklimat media.
Semakan semula mengenai dasar Korea Utara oleh pentadbiran Biden kini di fasa akhir.
Rundingan nuklear antara Washington dan Pyongyang menemui jalan buntu selepas sidang kemuncak 2019 di Hanoi yang berakhir tanpa kesepakatan.
Kedua-dua pihak masih berbalah mengenai sejauh mana Pyongyang perlu melaksanakan proses pelucutan senjata bagi merintis jalan untuk Washington menawarkan konsesi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial