AM

PDRM diarah siasat lanjut kes majikan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa

15/04/2021 08:17 PM

PUTRAJAYA, 15 April -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden dua pengawal peribadi dipukul majikan dikatakan kerana berpuasa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Isu orang berpuasa ini besar dalam negara...ada sesuatu yang tidak betul (dalam kejadian ini),” katanya kepada pemberita selepas Program Wacana Meja Bulat bersama Menteri Dalam Negeri di sini hari ini.

Mahkamah Majistret Klang hari ini mengeluarkan perintah reman terhadap empat individu termasuk seorang pengawal peribadi bagi membantu siasatan kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa. 

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed dalam sidang media berasingan berkata kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa itu telah membawa kepada pembongkaran aktiviti judi haram dan sindiket ceti haram atau Along yang dijalankan syarikat milik majikan terbabit.

Mengenai isu pembabitan anggota dan pegawai polis dalam jenayah, Hamzah berkata mereka yang melakukan kesalahan akan dibicarakan seperti orang biasa mengikut undang-undang sedia ada. 

“Kalau anggota buat kesalahan dalam Akta Polis 1967, dia kena lalui proses tertentu contohnya kalau bersalah dihukum turun pangkat dan sebagainya.

“Jika lakukan jenayah, memang ada undang-undang iaitu tangkap dan sebagainya,” katanya.  

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan