SUKAN

IWBF minta Perlis tangguh Woodball Piala Dunia ke tahun depan

14/04/2021 12:38 PM

KANGAR, 14 April -- Kejohanan Woodball Piala Dunia (WCWC) Perlis 2020 pada 24 hingga 30 Julai ini ditunda setahun lagi kepada 23 hingga 28 Julai tahun hadapan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs) telah menerima surat rasmi daripada Persekutuan Woodball Antarabangsa (IWBF) melalui Persatuan Woodball Malaysia (MWA) yang meminta kejohanan itu ditangguhkan susulan penularan pandemik COVID-19.

“Diharapkan semua pihak yang terlibat dalam proses merancang dan melaksana kejohanan ini terus melakukan persiapan dalam bidang tugas masing-masing dengan sebaik mungkin,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MWA hari ini.

Kejohanan berkenaan di Laman Woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra sebelum ini dijadualkan pada 24 Mac hingga 30 Julai 2020 namun ditangguhkan ke tarikh yang sama pada tahun ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan