AM

MAQIS P.Pinang rampas daging kerbau sejuk beku bernilai RM614,605

13/04/2021 07:13 PM

BUTTERWORTH, 13 April -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 70,650 kilogram (kg) daging kerbau sejuk beku bernilai RM614,605 dari India kerana tidak mematuhi permit import di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini semalam.

Pengarahnya Noriah Dahlan berkata pemeriksaan ke atas empat kontena membawa daging kerbau sejuk beku itu pada 2.40 petang mendapati kesemua konsainan berkenaan tidak mematuhi syarat permit import yang dikeluarkan oleh MAQIS.

"Pemeriksaan mendapati kesemua dagangan iaitu 2,826 kotak daging itu gagal mempamerkan maklumat yang dikehendaki pada syarat import permit yang telah diluluskan dan pihak MAQIS merampasnya untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Noriah berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan