DUNIA

Bangladesh harap Malaysia mainkan peranan penting bantu selesai krisis Rohingya

13/04/2021 07:00 PM

KUALA LUMPUR, 13 April -- Bangladesh berharap Malaysia akan memainkan peranan penting untuk membawa isu pelarian Rohingya ke peringkat ASEAN dan membantu Bangladesh mencapai penyelesaian jangka panjang terhadap krisis ini.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia Md Golam Sarwar berkata Malaysia adalah antara negara terawal membantu Bangladesh di awal krisis Rohingya tercetus pada 2017.

Beliau berkata Malaysia sentiasa menyokong Bangladesh dalam isu ini di pelbagai forum antarabangsa, termasuk pada Sidang Kemuncak ASEAN dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas usaha mereka dalam mendirikan hospital di Cox's Bazaar untuk memberikan bantuan perubatan kepada pelarian Rohingya.

“Kami juga menghargai sokongan moral yang diberikan Malaysia. Kami berharap Malaysia akan meneruskan usaha untuk membantu  Myanmar sehingga mencapai persekitaran yang kondusif di Rakhine Utara untuk memastikan Rohingya yang dipaksa keluar dari Myanmar dapat pulang ke negeri asal mereka  secepat mungkin,” katanya pada Program Ambassador Global Lecture anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada Isnin.

Beliau berkata Bangladesh telah menjadi tuan rumah kepada lebih 1.1 juta pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar pada 2017.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan