AM

YPU tawar pembiayaan sehingga RM3,000 kepada penjaja & peniaga Bazar Ramadan

13/04/2021 04:02 PM

KUALA TERENGGANU, 13 April  -- Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu menawarkan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR) khusus untuk ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu yang berdaftar.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata skim itu menawarkan pembiayaan modal pusingan antara RM1,000 hingga RM3,000. 

"Tiada cagaran diperlukan kerana pemohon diberi jaminan dari Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu. 

"Pinjaman perlu dibayar semula kepada YPU sebelum 31 Syawal...kita yakin peniaga dan penjaja kecil ini mampu membayarnya semula dalam tempoh tersebut kerana telah mendapat wang pusingan modal dan keuntungan hasil perniagaan sepanjang Ramadan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Skim ini telah diperkenalkan pada tahun 2019 dengan peruntukan sebanyak RM160,500 disalurkan kepada 141 ahli persatuan pada tahun tersebut, namun ia dihentikan pada 2020 kerana tiada penganjuran bazar Ramadan berikutan pandemik COVID-19.

Mohd Nurkhuzaini berkata skim itu secara tidak langsung dapat melegakan peniaga kecil untuk melancarkan aliran tunai dalam memberi barangan mentah untuk jualan harian.

Mereka yang berminat boleh menghubungi YPU atau Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu untuk maklumat lanjut, katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan