AM

Boost tawar pembiayaan kos rendah kepada PMKS

13/04/2021 11:31 AM

 

KUALA LUMPUR, 12 April  -- Sempena bulanRamadan ini, e-dompet tempatan Boost menawarkanPerusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sokonganpembiayaan kos rendah menerusi kemudahan pembiayaan‘Aspirasi Capital for Boost’. 

Kemudahan pembiayaan ini boleh digunakan sebagaimodal kerja bagi menanggung kos jualan Ramadan yang akandatang seperti kos sewaan tapak bazar dan kos bahan masakanserta mendigitalkan perniagaan mereka dengan kaedahpembayaran tanpa kontak. 

Ketua Pegawai Eksekutif Boost, Mohd Khairil Abdullah berkata, walaupun ekonomi telah dibuka semula, PMKS masih berdepan dengan masalah kewangan akibatpelaksanaan perintah kawalan pergerakan. 

Kami berharap ‘Aspirasi Capital for Boost’ dapatmeringankan beban kewangan para peniaga untukmengukuhkan semula perniagaan dan boleh memberiketenangan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri denganlebih ceria pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hariini. 

Melalui ‘Aspirasi Capital for Boost’, setiap PMKS layakmendapat pembiayaan mikro kos rendah sebanyak RM20,000 untuk tempoh 18 bulan, tanpa faedah dan tanpa pembayaranansuran untuk enam bulan yang pertama.

Manakala untuk ansuran bermula pada bulan ketujuh, PMKS boleh menikmati kadar faedah serendah 0.5 peratussebulan.

PMKS boleh memohon ‘Aspirasi Capital for Boost’ melalui https://aspirasi.co/pasar/capital-boost, atau hubungiwakil Boost.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan