DUNIA

Seorang maut, seorang ditahan dalam insiden tembakan di sekolah di Tennessee

13/04/2021 11:28 AM

WASHINGTON, 13 April  -- Seorang disyaki suspek terbunuh manakala seorang lagi ditahan susulan kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah di Tennessee Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, lapor Sputnik.

"Pegawai polis Knoxville bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan seorang lelaki yang mungkin bersenjata di Sekolah Tinggi Austin-East Magnet. Ketika cuba menghampiri suspek… beberapa tembakan dilepaskan… Seorang lelaki disahkan maut di lokasi kejadian, sementara seorang lagi ditahan untuk siasatan lanjut.

 "Seorang pegawai polis cedera dan dibawa ke hospital tempatan. Tiada mangsa lain dikenal pasti,” menurut kenyataan jabatan polis Knoxville.

 -- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan