KUALA LUMPUR, 11 April -- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) tidak akan menyertai mana-mana gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selaras dengan konsep parti tidak mahu terikat dengan manifesto blok tertentu, kata Presidennya Datuk Dr Ibrahim Ali.
Bagaimanapun katanya Putra terbuka untuk bekerjasama dengan parti yang menubuhkan kerajaan sekiranya sokongan mereka diperlukan, selain kerjasama itu boleh membantu perjuangan Putra.
“… untuk menubuhkan kerajaan (selepas pilihan raya) pula adalah perkara berbeza.
“Apabila selesai pilihan raya, kita tengok keadaan sekiranya ada parti yang menang memerintah, jika mereka perlukan sokongan kita,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Putra P116 Wangsa Maju, di sini semalam.
Ibrahim berkata Putra menyasarkan untuk bertanding di 45 hingga 49 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU15 dengan 25 kerusi sudah disenarai pendek.
Beliau turut mengesahkan akan bertanding pada PRU itu dengan pilihan sama ada di Parlimen Gombak atau satu daripada kerusi Parlimen di Kelantan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial