AM

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri selesai terima suntikan kedua vaksin COVID-19

10/04/2021 03:19 PM

SHAH ALAM, 10 April  -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer BioNTech di Hospital Shah Alam, dekat sini.

Istana Selangor dalam satu hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini memberitahu suntikan dos kedua itu dibuat selepas 21 hari baginda berdua berkenan menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada 20 Mac lepas.

Turut berkenan menerima suntikan dos kedua adalah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

“Baginda berkenan mengambil suntikan vaksin COVID-19 selepas dimaklumkan bahawa hampir kesemua petugas barisan hadapan di Selangor telah mendapatkan suntikan vaksin masing-masing.

“Baginda turut menyeru sekalian rakyat jelata di semua peringkat umur supaya tidak ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 demi kesejahteraan dan kesihatan bersama,” menurut hantaran itu.

Sultan Sharafuddin juga menggesa rakyat agar segera membuat pendaftaran di aplikasi MySejahtera dan bersabar menanti giliran mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan