AM

JPM harap media perhebat kerjasama salur maklumat inisiatif kerajaan

10/04/2021 10:19 AM

KOTA KINABALU, 10 April -- Jabatan Perdana Menteri (JPM) berharap media khususnya di Sabah akan terus memperhebatkan lagi kerjasama dan saling berinteraksi dalam menambah nilai maklumat disalurkan kepada masyarakat.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan berkata media adalah rakan strategik yang mempunyai fungsi penting dalam membantu menyebar luas pelbagai inisiatif sedang atau akan dilaksanakan oleh kerajaan.

”Ini termasuk inisiatif dalam jangka panjang terutama berkaitan projek-projek yang dirancang untuk kemaslahatan rakyat Sabah.

”Justeru, keakraban yang terjalin antara semua pihak akan membantu dalam penyampaian maklumat benar dan sahih,” katanya berucap pada Program JPM Bersama Media Sabah di sini, malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Sementara itu, Mohd Sallehhuddin memaklumkan JPM akan menjelajah ke beberapa lokasi di Sabah antaranya Ranau, Kalabakan, Keningau dan Nabawan untuk mengadakan program bersama rakyat selain meninjau projek pembangunan kendalian jabatan itu mulai hari ini hingga esok.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan