EKONOMI

DOSM: Nilai jualan pembuatan meningkat 6.4 peratus tahun ke tahun pada Februari 2021

09/04/2021 03:02 PM

KUALA LUMPUR, 9 April -- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat 6.4 peratus tahun ke tahun kepada RM118.4 bilion pada Februari 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata nilai jualan turun 3.6 peratus berasaskan bulan ke bulan.

“Peningkatan tahun ke tahun pada Februari 2021 dipacu oleh produk elektrik dan elektronik (10.3 peratus), produk makanan, minuman dan tembakau (9.0 peratus) dan produk kelengkapan pengangkutan dan pembuatan (8.2 peratus),” katanya.

Mohd Uzir berkata jumlah pekerja sektor pembuatan pada Februari 2021 berkurangan 2.2 peratus kepada 2.23 juta orang, berbanding 2.28 juta orang pada bulan yang sama tahun lepas, manakala jumlah gaji dan upah berjumlah RM7.52 bilion, merosot 1.2 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Pada masa yang sama, katanya nilai jualan bagi setiap pekerja meningkat 8.8 peratus kepada RM53,138 berbanding bulan yang sama pada tahun 2020, manakala purata gaji dan upah setiap pekerja adalah sebanyak RM3,374 pada Februari 2021.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan