KUALA LUMPUR, 8 April -- MSM Malaysia Holdings Bhd hari ini mengumumkan penutupan sementara pengeluaran di kilang penapisannya di MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd (MSM Johor) selama dua bulan berkuat kuasa 31 Mac.
Pengeluar gula itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata langkah tersebut adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dandang MSM Johor yang mengalami kerosakan dilakukan.
Selepas kerja itu selesai kelak, kilang itu dijangka dapat mencapai faktor penggunaan yang disasarkan pada suku ketiga tahun ini.
“Semasa penutupan sementara pengeluaran, syarikat itu akan menggunakan stok gula ditapis yang sedia ada di MSM Johor, disokong oleh pengeluaran daripada kilang penapis MSM Prai Bhd untuk dibekalkan ke pasaran domestik dan eksport,” katanya.
Menurutnya, langkah yang diambil itu tidak dijangka membawa impak ketara kepada operasi syarikat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial