AM

Pelan Digital Perlis 2025 perlu liputan optimum - Azlan

08/04/2021 03:41 PM

KANGAR, 8 April -- Kemudahan infrastruktur komunikasi perlu dinaik taraf dengan segera bgai membolehkan kerajaan negeri dapat melaksanakan sepenuhnya Pelan Digital Perlis 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Katanya, walaupun kawasan liputan syarikat telekomunikasi di negeri ini mencapai tahap 97 peratus tetapi ia masih belum mencukupi untuk menampung keperluan pada waktu puncak.

“Misalnya, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini ramai pengguna jalur lebar menghadapi masalah talian internet lembab apabila  kapasiti jalur lebar tidak dapat menampung permintaan tinggi ketika itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah di Pejabat Menteri Besar di sini.

Susulan itu, Azlan mencadangkan agar syarikat telekomunikasi memperluaskan capaian jalur lebar ke segenap pelosok negeri itu serta menambah kapasiti jalur lebar serta mengoptimumkan rangkaian liputan di negeri itu.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut mencadangkan agar syarikat telekomunikasi tidak lagi menggunakan pendekatan berdasarkan permintaan iaitu hanya melihat kawasan-kawasan yang mempunyai potensi pasaran yang baik sahaja tetapi berdasarkan penawaran.

“Pendekatan yang saya cadangkan supaya pembangunan infrastruktur komunikasi turut tertumpu di kawasan yang kurang penduduk,” katanya.

Katanya, beliau telah meminta Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya melihat perkara itu bagi membantu kerajaan negeri merealisasikan inistiatf memperkenalkan Pelan Digital Perlis 2025.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan