AM

Tiada Bazar Ramadan di Kuching Utara tahun ini -- DBKU

07/04/2021 05:13 PM

KUCHING, 7 April -- Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tidak akan menganjurkan Bazar Ramadan untuk tahun ini di kawasan Satok, Semarak dan Sukma Ria di sini bagi mengelak kemungkinan berlakunya penularan semula COVID-19.

DBKU dalam kenyataan hari ini berkata penganjuran bazar sedemikian dalam keadaan wabak ketika ini akan hanya meningkatkan risiko kontak rapat, dan jika berlaku penularan semula COVID-19, ia akan merencatkan usaha kerajaan mengekang sepenuhnya penularan.

“Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama membantu kerajaan dalam mengekang penularan COVID-19 dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikuatkuasakan,” kata kenyataan itu.

Ketiga-tiga kawasan itu menjadi tapak pilihan untuk penganjuran Bazar Ramadan dalam kawasan di bawah seliaan DBKU setiap tahun apabila tiba bulan puasa, namun penganjurannya dihentikan sejak tahun lepas ekoran pandemik COVID-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada 25 Mac lepas membenarkan operasi di seluruh negeri itu dengan syarat SOP yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya, dan sebelum memulakan operasi, premis terbabit dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) di kawasan mereka akan beroperasi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan