BERITA TERGEMPAR   Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | 
 AM

Lebih RM1 bilion disalurkan kepada rakyat Sabah - Perkeso

07/04/2021 03:36 PM

KOTA KINABALU, 7 April -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah menyalurkan lebih RM1 bilion kepada rakyat Sabah menerusi pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan bagi membantu majikan dan pekerja dalam tempoh mencabar ini.

Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata peruntukan itu disalurkan dalam bentuk bantuan serta insentif kewangan kepada majikan dan pekerja untuk kelangsungan operasi perniagaan, mengekalkan pekerja sedia ada dan mengambil pekerja baharu.

Beliau berkata sehingga kini, Perkeso telah berjaya mengagihkan RM14.6 bilion kepada para majikan dan pekerja di seluruh negara menerusi pelbagai inisiatif kerajaan dilaksanakan oleh agensi itu.

"Setakat 2 April, Perkeso berjaya menempatkan semula 46,971 individu ke alam pekerjaan, manakala jumlah kekosongan jawatan didaftarkan majikan pula menjangkau 457,753 kekosongan.

"Bagi Sabah pula, pekerja aktif yang dilindungi sebanyak 280,744 orang, manakala majikan aktif yang dilindungi 33,893 orang setakat 1 April," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri Sabah di sini hari ini.

Perkara itu telah dimaklumkan Mohammed Azman kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor ketika mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Hajiji yang turut dihadiri Pengarah Perkeso Sabah Dr Mohd Ali Hindia di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini, semalam.

Hajiji dalam kenyataan sama berkata kerajaan negeri menghargai peranan Perkeso dalam penyediaan keselamatan sosial untuk rakyat Sabah bagi perlindungan bencana kerja, keilatan termasuk sebarang kematian dan pemberian elaun kehilangan pekerjaan, insentif yuran latihan, mobiliti dan program penampatan pekerjaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan