DUNIA

Kuasa usaha Venezuela adakan pertemuan dengan Zuraida

07/04/2021 02:57 PM

KUALA LUMPUR, 7 April  -- Kuasa Usaha Venezuela ke Malaysia Morella Antoni Barreto López baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Menurut kenyataan Kedutaan Venezuela, sempena kunjungan itu Zuraida dan Lopez membincangkan potensi dan kemungkinan untuk menjalinkan kerjasama baharu antara kedua-dua negara.

Terutamanya kerjasama dalam bidang pembangunan perumahan serta memperkukuhkan hubungan dua hala sedia ada antara Malaysia dan Venezuela yang sudah terjalin selama tiga dekad.

Kedutaan Venezuela juga menjelaskan mengenai aspek dan pencapaian misi perumahan sosial Venezuela 'the Great Mission Housing Venezuela'.

Hubungan diplomatik kedua-dua negara bermula pada 18 Disember 1986.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan