EKONOMI

‘UDA 50 Golden Offers’ hargai pelanggan

07/04/2021 11:51 AM

 

KUALA LUMPUR, 7 April – Peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan asset, UDA Holdings Berhad (UDA) telah melancarkan kempen ‘UDA 50 Golden Offers’ sempena sambutan Jubli Emas bagi mengetengahkan produk hartanahnya di seluruh negara.

Pengerusi UDA, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, kempen tersebut merupakan tanda penghargaan kepada pelanggan serta sebagai inisiatif untuk menggalakkan pasaran hartanah tempatan serta mempromosikan pemilikan hartanah.

“Kami berharap kempen yang menawarkan pelbagai hartanah meliputi kediaman dan komersial di seluruh Malaysia ini bakal menarik perhatian pembeli berpotensi,” katanya di Majlis Pelancaran ‘UDA 50 Golden Offers’, di Galeri Legasi Kampong Bharu, semalam.

Sambutan Jubli Emas tersebut menawarkan tujuh hingga 10 peratus rebat untuk projek UDA terpilih dan pembeli turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik serta menerima pelbagai insentif berjumlah lebih RM500,000.

Antara pembangunan projek kediaman dan komersil yang ditawarkan adalah Residensi Legasi Kampung Bharu, Residensi Akasia Jubilee dan Residensi 38 Bangsar di Kuala Lumpur, Unit komersil Elevate, Kondominium Evoke dan banglo Crescent Dew di Pulau Pinang, Pisonia Ville dan Rossa Terrace di Johor Bahru, Pusat Komersial Coast dan banglo Sarai di Terengganu serta rumah berkembar semi-d Pelindung Heights di Pahang.

Kempen ‘UDA 50 Golden Offers’, Milik dan Menang dibuka kepada semua pembeli produk UDA Property bermula 1 Januari hingga 31 Oktober 2021.

Untuk tawaran ‘UDA 50 Golden Offers’, setiap pelanggan akan mendapatkan satu penyertaan dengan setiap RM100,000 yang dibelanjakan untuk pembelian hartanah UDA.

Sementara itu, pembeli sedia ada yang telah mendapatkan hartanah sebelum tarikh kempen bermula (SPA ditandatangani pada tahun 2020) layak menerima dua penyertaan untuk setiap RM100,000 yang telah dibelanjakan.

Keseluruhan 50 hadiah untuk direbut termasuk hadiah utama iaitu sebuah kereta Proton X50, lima ketul emas seberat 50 gram dan lima buah motosikal Yamaha Y15ZR.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.udaproperty.com.my/projects/uda-50-golden-offers/

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan