KUALA LUMPUR, 6 Mac -- Jabatan Penjara kini membenarkan perjumpaan dan lawatan penjara melalui kaedah tempahan dengan garis panduan ketat bagi mengelakkan penularan COVID-19.
Jabatan Penjara dalam kenyataan memaklumkan pelawat perlu membuat tempahan melalui sistem i-visit dengan melayari ivisit.prison.gov.my, secara panggilan telefon dan menghantar e-mel atau surat.
“Pihak institusi penjara akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut pendaftaran terbuka (walk-in) dan pelawat berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan buat masa ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial