AM

Gangguan bekalan air di Seremban, Jempol pada Selasa

19/03/2021 08:08 PM

SEREMBAN, 19 Mac -- Sebahagian kawasan di daerah Seremban dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 24 jam mulai pukul 8.00 pagi Selasa ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata gangguan itu berikutan kerja-kerja penyelenggaraan, pengalihan paip di loji rawatan air serta pemasangan ‘Electromagnetic Flowmeter’ di kawasan terbabit.

Katanya di Seremban, gangguan melibatkan seluruh kawasan Pantai dari Batu Enam sehingga Batu 10 termasuk Kuarters Sg Terip, Pejabat Veterina, Dewan NSWO Lake Garden, Kampung Bukit Merbah, Kampung Merbah Indah, Taman Cermai Impian, Kem Tentera Sikamat, SHAMS, Taman England Garden, SASER, Taman Penaga, Taman Bukit Penaga, Taman Coral, Taman Seri Inai, Taman Sikamat Utama.

Selain itu, Taman Nibong, Taman Akasia, Taman Seri Pandan, Taman Ampangan Jaya, Taman Seremban Putera, Kampung Wong Sin Chow, Kampung Baru Sikamat, Rumah Rakyat Sikamat, Pulai Impian, Pulai 1 dan Pulai 3, Taman Temiang Jaya, Taman Sarimban, Taman Indah, Taman Rashibah, Taman Suliana, Taman Pewira, Taman Desa Permai Sikamat, Kampung Jijan, Kampung LBJ dan Bandar Pendidikan Enstek Nilai.

Di Jempol pula, ia melibatkan Taman Satelite, Taman Satelite 2, Kampung Jambu 8, Rumah Rakyat Jambu 8, Taman Tunku Puan Chik, Taman Serting Jaya, Sekolah Menengah Datuk Mansor, Taman Jati, Taman Bintang, Kampung Bukit Kelulut, Taman Casuarina, Kampung Tengah, Kampung Gajah Mati, Kampung Bukit Kerdas, Pekan Batu Kikir , Rumah Rakyat Batu Kikir 1,2 dan 3, Taman Mawar, Taman Sri Alam 1 & 2, Taman Zamrud.

Sekitar Pekan Batu Kikir, Kampung Serting Tengah, Kampung Jawa, Kampung Dato Johan, Taman Desa Permai, Kampung Ibada, Kampung Bayai, Kampung Serting Ulu, kawasan sekitar Serting Ulu, Taman Sornam, Taman ACBE, Pekan Bahau, Rumah Rakyat Bahau, Kampung Batu Bakar, Flat Bahau, Taman Sri Pelating, Taman Angkasa, Taman Timur, Taman Kiara, Balai Polis Bahau, Kampung Sum Hup Sawmill, Kampung Indah, Taman Industri Bahau, Taman Kwang Hup, Taman Margosa, Taman Medang.

Gangguan bekalan air turut berlaku di Taman Megah, Taman Mahsan, Taman Sri Mahsan, Kampung Baru Mahsan, Taman Teratai, Taman Industri Mahsan, Feldajaya, Taman Sri Serting, Taman Serting Utama, Feldajaya, IPD Serting, Sungai Sampo, Getco, Sungai Sebaling, Ladang Geddes, Taman Meranti, Taman Cempaka, Taman Rasa Sayang, Taman Juara, Kampung Pak Ka Choon.

Taman Kasih Putera, Taman Desa Putri, Kampung Taman Jaya, IOI Mahsan, Kampung Panchor, Taman Sri Rompin, Jalan Rompin, FELCRA Rompin, Pekan Rompin, Kampung Baru Rompin, Felda Lui Barat, Felda Lui Selatan, Felda Lui Muda, Felda Lui Timur, Felda Sungai Lui, Kampung Cina Sungai Lui dan kawasan sekitar.

Norzita berkata bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja berkenaan selesai dan pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan