DUNIA

Rebelo De Sousa mulakan penggal kedua sebagai presiden Portugal

10/03/2021 11:22 AM

LISBON, 10 Mac -- Marcelo Rebelo de Sousa pada Selasa sekali lagi dilantik untuk penggal kedua sebagai Presiden Portugal dan berikrar "memanfaatkan sebaiknya dana Eropah dengan memastikan pengurusan sumber kewangan yang baik" untuk membantu pemulihan pasca pandemik.

Bercakap di Parlimen, beliau berkata misinya adalah untuk mengakhiri ketakutan, "mengembalikan keyakinan rakyat " dan "menyeimbangkan perkhidmatan kesihatan", lapor Agensi Berita Xinhua.

Dalam lafaz sumpah jawatannya, Rebelo de Sousa berikrar  mempertahankan, mematuhi dan menegakkan perlembagaan negara.

Menurutnya, Portugal mengalami "pertumbuhan ekonomi" dan sedang menuju keseimbangan masyarakat hinggalah kemunculan wabak yang menyebabkan "pandemik sosial dan ekonomi."

"Saya serius dengan komitmen ini kerana mereka sangat memerlukannya -  gelandangan, tidak mempunyai rumah yang sesuai, pesara miskin, penganggur atau diberhentikan kerja, keadaan tidak menentu pekerja dan pengusaha," katanya.

Presiden turut mengulas mengenai pembukaan semula sempadan negara yang ditutup sejak 15 Januari serta keutamaan kedua dalam mandat baharunya iaitu mengurangkan jumlah kes dan kematian COVID-19, memperluas vaksinasi dan meningkatkan ujian saringan.

Rebelo de Sousa berjaya mempertahankan kedudukannya selepas memenangi pilihan raya umum pada 24 Januari dengan memperoleh 60.67 peratus undi.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan