GEORGE TOWN, 9 Mac -- Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) menyarankan agar Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dalang di sebalik kandungan buku teks Sejarah Tingkatan 4 yang didakwa mempunyai unsur manipulasi fakta berkaitan ideologi komunis.
Presidennya Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata buku teks tersebut didakwa mengagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan dan tidak menunjukkan kepada pelajar tentang kekejaman komunis.
“Kementerian juga wajar mengarahkan agar pengajaran serta pembelajaran Bab 6 di dalam buku teks Sejarah itu ditangguhkan sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata generasi muda pada masa ini tidak sepatutnya dikelirukan dengan memutar belit fakta berkaitan kekejaman gerakan komunis yang mahu menubuhkan sebuah republik komunis di sini.
Mohd Yussof berkata fakta sejarah yang diputar belit itu akan mewujudkan generasi muda yang berpecah dan tidak mempunyai semangat cinta akan negara.
"Jangan racuni pemikiran remaja kita dengan fakta yang tidak tepat, pemikiran remaja sekitar 16 hingga 17 tahun amat mudah terpengaruh jadi jangan kelirukan mereka," katanya.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial