ARAU, 7 Mac -- Lima bilik darjah bagi murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Budriah, di sini tidak dapat digunakan buat sementara waktu, akibat mengalami kerosakan selepas dipukul ribut, petang Jumaat lepas.
Exco Pendidikan Perlis Rozieana Ahmad berkata buat sementara ini, 136 murid tahun satu sekolah itu akan menumpang di bilik tahun enam, manakala murid tahun enam akan ditempatkan di sebuah bilik khas yang disediakan.
“Lima bilik darjah itu terpaksa ditutup sehingga proses baik pulih bumbung serta kerja-kerja pembersihan siap dalam masa beberapa hari lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kejadian pada kira-kira pukul 5.00 petang Jumaat itu juga tidak akan menjejaskan persiapan sekolah bagi menyambut kehadiran murid tahun tiga, empat, lima dan enam yang akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka, esok.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial