EKONOMI

HSBC Global Research jangka BNM kekalkan OPR tahun ini

02/03/2021 11:00 PM

KUALA LUMPUR, 2 Mac -- HSBC Global Research yang sebelum ini mengunjurkan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada suku pertama 2021 kini berpendapat Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar yang tidak berubah pada 1.75 peratus tahun ini.

Dalam satu nota hari ini, HSBC berkata sebelum ini ia meminta bank pusat untuk membuat satu lagi pengurangan 25 mata asas yang terakhir ke atas OPR pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada 4 Mac.

Ketua ahli ekonomi (ASEAN) Joseph Incalcaterra berkata penurunan kes COVID-19 baru-baru ini, kelonggaran sekatan pergerakan secara berperingkat, permulaan yang lebih awal daripada dijangka ke atas pemacu vaksin, data yang optimis dan ikrar kerajaan untuk “sokongan bersasar,” kesemuanya menunjukkan kemungkinan kepada penurunan kadar dasar. 

“Bagaimanapun, kami yakin keputusan pada 4 Mac akan menjadi keputusan yang sukar dibuat, dengan peluang penurunan yang tidak boleh diabaikan berikutan pertumbuhan ketara pada 2021 disebabkan langkah sekatan perjalanan.

“Selain itu, sekiranya berlaku keadaan luar jangka dan bererti lebih buruk, BNM kekal menjadi antara bank pusat di rantau ini yang dapat memberikan lebih banyak sokongan dasar monetari  yang lebih mudah,” katanya.

-- BERNAMA


 
 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan