KUALA LUMPUR, 2 Mac -- Subsidiari milik penuh Kanger International Bhd, Kanger Ventures Sdn Bhd sedang bekerjasama dengan Vegetta Champion Sdn Bhd (VCSB) untuk membina pangsapuri berservis di Genting Highlands, Pahang dengan nilai kontrak sebanyak RM478 juta.
Kumpulan itu berkata Kanger Ventures telah memeterai perjanjian usaha sama dengan VCSB, selepas VCSB dilantik sebagai kontraktor utama bagi kerja-kerja asas dan bangunan utama projek itu.
Kumpulan tersebut dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata projek itu merangkumi dua blok pangsapuri berservis, fasiliti, kedai runcit, tempat letak kereta dan rawatan kumbahan.
“VCSB akan menjalankan dan menyiapkan pembinaan asas termasuk kerja-kerja bangunan utama bagi projek ini.
“Kanger Ventures akan bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan, kewangan dan pentadbiran projek,” kata kumpulan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial