KUALA LUMPUR, 23 Feb -- Mobilia Holdings Bhd yang melakar kemunculan pertama di Pasaran ACE, menjadi kaunter paling untung serta aktif pada awal dagangan Selasa.
Pada 10.08 pagi, saham pengeluar perabot kediaman itu melonjak sebanyak 41.5 sen kepada 64.5 sen dengan sejumlah 230.41 juta saham saling berpindah tangan.
Sewaktu dagangan dibuka, harga saham Mobilia mencatat 65 sen iaitu lonjakan sebanyak 183 peratus daripada harga tawaran awam permulaannya (IPO) pada 23 sen.
Dalam prospektus yang dilancarkan pada awal Februari 2021, Mobilia menyasarkan untuk meraih kutipan sebanyak RM13.8 juta menerusi IPO tersebut.
Menurut prospektus itu, sebanyak RM5.8 juta daripada jumlah terkumpul IPO itu akan diperuntukkan bagi tujuan pembinaan pejabat dan bilik pameran baharu (Fasa 1B) serta pembangunan blok B dan C (Fasa 2) di Muar, Johor.
Selain itu, sejumlah RM1.3 juta akan digunakan bagi pembelian mesin, RM1.8 juta bagi pembayaran semula pinjaman, RM1.9 juta bagi tujuan modal kerja serta RM3 juta bagi menampung perbelanjaan penyenaraiannya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial