KUCHING, 20 Feb -- Banjir yang kembali melanda Sarawak sejak semalam menyaksikan peningkatan seramai 858 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding 755 petang semalam.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak setakat 8 pagi ini juga sebanyak 12 PPS telah dibuka berbanding hanya sembilan semalam.
Daripada jumlah itu, tujuh PPS dibuka di daerah Samarahan, tiga di Kuching dan dua di Lundu.
Kira-kira sebulan selepas gelombang pertama banjir di Sarawak, beberapa tempat di bandar raya ini sekali lagi dilanda musibah banjir semalam berikutan hujan berterusan.
Semalam, lalu lintas terhenti menyebabkan berpuluh kenderaan terkandas selepas beberapa jalan utama ditenggelami air berikutan kenaikan air seawal subuh, memutuskan jalan darat utama ke daerah kejiranan seperti Kota Samarahan dan Serian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial