BERITA TERGEMPAR | Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | |
KUALA LUMPUR, 19 Feb -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan pulang hari ini setelah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lepas.
Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada para doktor dan petugas di Unit Kecemasan Hospital Putrajaya dan IJN atas kecekapan dan profesionalisme tinggi, selain semua pihak yang mendoakan kesihatannya.
“Sepanjang tempoh rawatan, saya turut mengikuti perkembangan berita dalam dan luar negara, khususnya berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Dasar Perpaduan Negara yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, selain pelbagai langkah yang diambil bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan pemulihan semula ekonomi negara.
“Semoga semuanya dapat dijayakan dengan dukungan bersama,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya.
Ahli Parlimen Marang itu dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilapor mengalami sesak nafas sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut pada Isnin.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial