PUTRAJAYA, 18 Feb -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini memaklumkan bahawa petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), warga emas dan orang kurang upaya (OKU) akan menerima vaksin dalam fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
KPWKM dalam kenyataan hari ini menjelaskan golongan berkenaan bukan penerima vaksin fasa pertama seperti dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun pada Selasa lepas.
Menurut KPWKM, terdapat kesilapan fakta mengenai fasa pemberian suntikan vaksin melibatkan petugas JKM, warga emas dan OKU dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Sebelum ini, Rina dilaporkan berkata sebanyak 68,003 individu dalam kumpulan sasar KPWKM akan menerima suntikan vaksin fasa pertama program berkenaan.
Ia terdiri daripada 48,564 warga emas merangkumi ahli Pusat Aktiviti Warga Emas dan penghuni institusi seliaan KPWKM serta 19,439 OKU berdaftar yang juga pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial